Wednesday, February 25, 2009

Monday, January 12, 2009

tEmaNku....




Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran Allah.
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikannya segera.
Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah...
& Jika esok ku lena tanpa terjaga,
ziarahilah pusaraku dengan kalungan doa..
Berjanjilah, ukhwah kita akan kekal selama2nya...
AMIN...


sYuRGa

YA ALLAH,
Tatkala bahang Mahsyar-Mu menjilat tubuh,
Izinkan kami sama-sama berteduh.
Tatkala Mizan-Mu teliti mengira,
Beratkan neracanya atas setiap jasa.
Naungi kami di sana,
Berkat kasih kerana-Mu semata.
Andai kulayak menapak di Syurga,
Kupinta Sahabatku bersama-sama ku...AMIN