Tuhan! Setiap doaku Engkau dengarlah
Setiap permintaanku Engkau terimalah dengan redha
Setiap rintihanku dengan sebab dosa, hapuskanlah dosaku
Penderitaan jiwaku memang dosa, kasihanilah aku
Setiap kesungguhanku bermujahadah, Engkau kiralah
Walaupun aku lemah, memanglah hamba-Mu lemah, maafkan aku
Kelemahan itu memang sifat hamba
Di sinilah dengan rahmat-Mu Engkau maafkan selalu
Atau setidak-tidaknya dengan kemaafan-Mu Engkau gugurkanlah dosa-dosaku
Aku bukan gembira dengan dosa-dosa yang aku lakukan
Tidaklah pula aku bangga dengan kebaikan yang aku buat
Apa yang berlaku itu ada maksud dari-Mu
Dengan dosa disuruh dukacita, begitulah sifat hamba
Dengan kebaikan disuruh bersyukur kerana itulah anugerah kepada hamba
Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupan ini
Kerana kehidupan di dunia selalu sahaja menipu
Kalau Engkau tidak pimpin aku tidak ada ertinya hidup ini
Dan kecundanglah aku di sana
.
Selepas Asar
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment